"Sesungguhnya Dengan Mengingati Allah Hatikan Menjadi Tenang"

Image and video hosting by TinyPic

TANGISAN NABI MENGGONCANG ARASH

|

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.


“Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”


Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?” “Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.


“Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: “Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”


Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!” kata orang Arab badwi itu. “Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?”


Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,’ jawab orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kefakiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!’


Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab


dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!” Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.”

Wangian Bau Masyithah

|

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Pada saat malam terjadinya Isra’ saya mencium bau harum, sayapun bertanya,”Ya Jibril, bau harum apakah ini?”

Jibril menjawab,”Ini adalah bau wangi wanita penyisir rambut putri Fir’aun (Masyithah) dan anak-anaknya.”

Saya bertanya, ”Bagaimana demikian?”

Jibril bercerita,”Ketika dia menyisir rambut putri Fir’aun suatu hari, tiba-tiba sisirnya terjatuh. Dia mengambilnya dengan membaca ”Bismillah (dengan nama Allah).”

Putri Fir’aun berkata,”Hai, dengan nama bapakku?”
Masyithah berkata,”Bukan, Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu begitu juga Tuhan bapakmu.”
Putri Fir’aun bertanya,”Kalau begitu, kamu punya Tuhan selain ayahku?
Wanita tukang sisir itu menjawab,”Ya.”
Anak putri Fir’aun berkata, ‘Akan aku lapor­kan pada ayahku.’
Wanita tukang sisir menjawab, ‘Silahkan!’

Putri Fir’aun kemudian melaporkan kepada bapaknya, dan Fir’aunpun kemudian memanggil Masyithah.
Fir’aun bertanya,”Ya Masyithah, apakah kamu mempunyai tuhan selain aku?”
Masyithah menjawab,”Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”

Kemudian Fir’aun memerintahkan untuk mempersiapkan periuk besar dari tembaga untuk dipanaskan. Satu persatu anak wanita tukang sisir itu kemudian dilemparkan ke dalam periuk yang mendidih.

Beberapa saat kemudian, Masyithah berkata kepada Fir’aun,”Saya mempunyai satu permohonan.”
Fir’aun menjawab,”Katakanlah.”
Masyithah berkata,”Saya ingin engkau mengumpulkan tulang-tulangku dan tulang-tulang anakku dalam satu kain/kantong untuk kemudian dikuburkan.”
Fir’aun menjawab,”Akan aku penuhi permintaanmu.”

Lalu satu demi satu anaknya dilemparkan ke dalam periuk mendidih itu di depan matanya, sampai akhirnya tinggal seorang bayi yang masih menyusu. Pada saat itu wanita tukang sisir nampak ragu-ragu.

Si bayi diatas gendongan Masyithah, atas izin Allah tiba-tiba berbicara,”Terjunlah Ibu! Ayo terjunlah, adzab dunia lebih ringan daripada adzab Akhirat.” Mendengar anaknya berbicara si ibupun langsung terjun bersama bayinya.

Demikianlah sebuah kisah yang tercantum dalam Musnad Imam Ahmad, 4/291-295 dan juga tercantum dalam Majma’uz Zawa’id, 1/65. Anisul Jalabi II, Ali Al-Hazza’. Kisah dari seorang wanita bernama Masyithah yang menjadi penerang kegelapan istana Fir’aun. Dia mempertahankan kebenaran, meskipun berat dan pahit terasa. Lalu siapakah pembawa obor bagi kita di kegelapan abad dua puluh satu ini?

Tepuk dada tanya iman

Wallahu a’lam…

ULANG TAHUN PMRAM KE- 80

|


LAGU RASMI PMRAM


DIAM tidak diam, 11 April 2010 adalah ulangtahun PMRAM yang ke-80. Apakah sambutan yang akan diadakan bagi meraikan tarikh keramat ini?

Yang pasti, dua hari selepas tarikh ini muktamar akan berlangsung. Menariknya, satu pilihanraya memilih calon kepimpinan diadakan secara besar-besaran. Tahniah dan syabas kepada ahli PMRAM yang terus memberi ruang dan kesungguhan kepada PMRAM untuk mentadbir mahasiswa di Perlembahan Nil ini.

Lapan dekad masa berlaku. Catatan sejarah diukir tahun demi tahun. Ada kepimpinan PMRAM yang sudah pulang ke Malaysia dan terlibat dengan politik Malaysia. Ada kepimpinan PMRAM yang pernah menjadi Menteri Besar (bekas MB Terengganu). Ada kepimpinan PMRAM yang kini merupakan Pengerusi FELDA. Ada kepimpinan PMRAM yang terjun di dalam arena politik UMNO mahupun pembangkang.

Tulisan dan kertas kerja yang dibentangkan bagi pengkaji sejarah pastinya tercatat nama PMRAM yang mula-mula dikenali sebagai Putera-Putera Semenanjung (PPS) kemudian bertukar kepada Persatuan Melayu Mesir (PMM).

Pada tahun 1960-an, PMRAM bertukar nama kepada PMRAB (Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu) sehinggalah nama terakhir yang digunakan sehingga hari ini adalah PMRAM.

Catatan sejarah yang terakam tidak boleh dinafikan perjuangan dan sumbangan besar PMRAM. Paling menarik adalah PMRAM yang telah mengesyorkan kerajaan Malaysia menubuhkan Kedutaan Malaysia pada tahun 1960 di Mesir. Hari ini pula, hak pentadbiran PMRAM dinafikan.

PMRAM pernah dihalau daripada menduduki dan mentadbir di bangunan ARMA pada tahun 1992. Pejabat PMRAM dipalang sehingga satu demonstrasi dilakukan di hadapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu Dato' Abdul Hamid Othman.

Semuanya terakam di dalam sejarah dan catatan ini adalah hasil ingatan saya terhadap sejarah PMRAM itu.

Selepas lapan dekad ini, maruah PMRAM sering dihakis. PMRAM sudah mula dianggap 'busuk' oleh politik pentadbiran UMNO.

Apa juga tafsiran, saya berkeyakinan bahawa PMRAM akan lebih cemerlang dibenci daripada PMRAM hanya sering dipuja-puji oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tahniah buat kalian.

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA PMRAM 2010

|

Calon-Calon Yang Bertanding Badan Pengurus PMRAM sesi 2010/11
(Mengikut urutan jumlah undian tertinggi.)


Nama : Shahrizan Mohd Hazimie
Kelulusan : Master Tahun 1 Al-azhar.
Negeri : Kedah
Status : Presiden PMRAM 2010 (menang tanpa bertanding)

Pertama (1)
Nama : Mohd Faizuddin Ghazali
No PMRAM : 17590
Negeri : Pahang
Kuliah : Usuluddin Tahun 2
Cawangan : Zagazig
877 undi (menang)

Kedua (2)

Nama : Muhammad Al Hidayat Khalid
No PMRAM : 16535
Negeri : Johor
Kuliah : Syariah Islamiah tahun 4
Cawangan : Zagazig
861 undi (menang)

Ketiga (3)

Nama : Muhammad Yusuf A. Kadir
No PMRAM : 19000
Negeri : Selangor
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Kaherah
861 undi (menang)

Keempat (4)

Nama : Syeikh Muhd Mujahid Sikh Nawawi
No PMRAM : 19162
Negeri : Pahang
Kuliah : Qiraat Shoubra, tahun 2.
Cawangan : Kaherah
860 undi (menang)


Kelima (5)

Nama : Mohd Solehuddin Mohd Safien
No PMRAM : 19760
Negeri : Terengganu

Kuliah : Syariah Islamiah Tahun 2
Cawangan : Kaherah
852 undi (menang)


Keenam (6)

Nama : Mohd Zahid Abu Bakar
No PMRAM : 18341
Negeri : Perak
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Kaherah
848 undi (menang)

Ketujuh (7)

Nama : Firdauz Noh
No PMRAM : 17019
Negeri : Johor
Kuliah : Syariah Undang-undang tahun 3
Cawangan : Kaherah
830 undi (menang)

Kelapan (8)

Nama : Abdul Aziz Ali
No PMRAM : 18495
Negeri : Kelantan
Kuliah : Bahasa Arab tahun 3
Cawangan : Kaherah
826 undi (menang)

Kesembilan (9)

Nama : Ahmad Huzaifah Fauzi
No PMRAM : 19069
Negeri : Kelantan
Kuliah : Qiraat, Tahun 2
Cawangan : Kaherah
821 undi (menang)

Kesepuluh (10)

Nama : Aminuddin Alias
No PMRAM : 15232
Negeri : Kedah
Kuliah : Usuluddin tahun 4
Cawangan : Shibin El-Kom
226 undi

Kesebelas (11)
Nama : Mohd Mu'az Mohd Shukry
No PMRAM : 17906
Negeri : Kelantan
Kuliah : Syariah Undang-undang tahun 2
Cawangan : Kaherah
173 undi

Keduabelas (12)

Nama : Mohamad Hanif Haron
No PMRAM : 17137
Negeri : Pulau Pinang
Kuliah : Usuluddin, tahun 4
Cawangan : Kaherah
158 undi


Jumlah ahli PMRAM yang layak mengundi = 1445 orang

Jumlah ahli yang keluar mengundi = 920 orang (63.7%)

8 Undi Rosak

 

©2009 . | Template Blue by TNB