"Sesungguhnya Dengan Mengingati Allah Hatikan Menjadi Tenang"

Image and video hosting by TinyPic

ULANG TAHUN PMRAM KE- 80

|


LAGU RASMI PMRAM


DIAM tidak diam, 11 April 2010 adalah ulangtahun PMRAM yang ke-80. Apakah sambutan yang akan diadakan bagi meraikan tarikh keramat ini?

Yang pasti, dua hari selepas tarikh ini muktamar akan berlangsung. Menariknya, satu pilihanraya memilih calon kepimpinan diadakan secara besar-besaran. Tahniah dan syabas kepada ahli PMRAM yang terus memberi ruang dan kesungguhan kepada PMRAM untuk mentadbir mahasiswa di Perlembahan Nil ini.

Lapan dekad masa berlaku. Catatan sejarah diukir tahun demi tahun. Ada kepimpinan PMRAM yang sudah pulang ke Malaysia dan terlibat dengan politik Malaysia. Ada kepimpinan PMRAM yang pernah menjadi Menteri Besar (bekas MB Terengganu). Ada kepimpinan PMRAM yang kini merupakan Pengerusi FELDA. Ada kepimpinan PMRAM yang terjun di dalam arena politik UMNO mahupun pembangkang.

Tulisan dan kertas kerja yang dibentangkan bagi pengkaji sejarah pastinya tercatat nama PMRAM yang mula-mula dikenali sebagai Putera-Putera Semenanjung (PPS) kemudian bertukar kepada Persatuan Melayu Mesir (PMM).

Pada tahun 1960-an, PMRAM bertukar nama kepada PMRAB (Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu) sehinggalah nama terakhir yang digunakan sehingga hari ini adalah PMRAM.

Catatan sejarah yang terakam tidak boleh dinafikan perjuangan dan sumbangan besar PMRAM. Paling menarik adalah PMRAM yang telah mengesyorkan kerajaan Malaysia menubuhkan Kedutaan Malaysia pada tahun 1960 di Mesir. Hari ini pula, hak pentadbiran PMRAM dinafikan.

PMRAM pernah dihalau daripada menduduki dan mentadbir di bangunan ARMA pada tahun 1992. Pejabat PMRAM dipalang sehingga satu demonstrasi dilakukan di hadapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu Dato' Abdul Hamid Othman.

Semuanya terakam di dalam sejarah dan catatan ini adalah hasil ingatan saya terhadap sejarah PMRAM itu.

Selepas lapan dekad ini, maruah PMRAM sering dihakis. PMRAM sudah mula dianggap 'busuk' oleh politik pentadbiran UMNO.

Apa juga tafsiran, saya berkeyakinan bahawa PMRAM akan lebih cemerlang dibenci daripada PMRAM hanya sering dipuja-puji oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tahniah buat kalian.

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 . | Template Blue by TNB