PENGERTIAN
TAHALUF SIASI
Bekerjasama dengan organisasi lain
atau gerakan-gerakan lain yang tidak bermatlamatkan islam untuk membina sebuah
kerajaan. Kerjasama ini berlaku terhadap apa jua bidang yang telah dipersetujui
bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama.
HUKUM TAHALUF
SIASI
Ulama’-ulama’ gerakan telah memberi
pandangan yang berbeza dalam mengeluarkan hukum bekerjasama dengan gerakan atau
organisasi yang tidak bermatlamatkan perjuangan islam.
1. HARAM
Antara ulama' yang mengharamkan Tahaluf
siasi antaranya adalah Syeikh Muhammad Qutb dan Syeikh al-Imam Abu Nasr
Muhammad bin Abdullah. Ini berdasarkan beberapa hujah dan dalil :
Firman Allah SWT:
يَـأَيُّهَا
الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَـرَى أَوْلِيَآءَ
بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِى الْقَوْمَ الظَّـلِمِينَ - فَتَرَى الَّذِينَ فِى
قُلُوبِهِم مَّرَضٌ يُسَـرِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَن تُصِيبَنَا
دَآئِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَن يَأْتِىَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِّنْ عِندِهِ
فَيُصْبِحُواْ عَلَى مَآ أَسَرُّواْ فِى أَنفُسِهِمْ نَـدِمِينَ
Yang bermaksud :” Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu);
sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa
diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu
termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit
dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani),
seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan
Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan
dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang
mereka rahasiakan dalam diri mereka”. Surah al-maidah ayat 51dan52.(1)
Ayat di atas menjelaskan
kerjasama dalam gerakan islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik
akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam
mengharamkan sebarang jenis ketaatan (wala’)
kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah
lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai
persamaan dengan akidah Islam.
Firman Allah :
يَسْـئَلُونَكَ
عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَآ إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَـفِعُ لِلنَّاسِ
وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا وَيَسْـئَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ
الْعَفْوَ كَذلِكَ يُبيّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيَـتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
Bermaksud : “Mereka bertanya kepada kamu
tentang arak dan judi. Katakanlah, pada keduanya itu terdapat dosa besar dan
beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari
manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah
yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat kepadamu
supaya kamu berfikir”. (Surah al-Baqarah ayat 219).(2)
Berdasarkan ayat di atas “الْخَمْرِ
وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَآ إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَـفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ”, ayat ini menerangkan berkenaan pengharaman
arak dan judi. Jika kita lihat dari sudut tahaluf siyasi, bekerjasama dengan
kaum bukan islam kemungkinan akan mendatangkan manfaat dari beberapa sudut,
akan tetapi di lihat dari sudut yang lain iaitu kearah menegakkan hukum-hukum
Allah, ianya pasti tidak akan tercapai.
Maka kesimpulannya, kerjasama dengan
dua gerakan yang berbeza akan menyebabkan terencatnya usaha gerakan islam dalam
menegakkan daulah islamiyah. Oleh itu kerjasama ini adalah haram kerana ianya
lebih banyak mendatangkan mudharat daripada mendapat manfaat. (3)
2. HARUS
Para Ulama’ Haraki telah mengharuskan tahaluf
siasi dalam gerakan islam antaranya Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Doktor
Munir Muhammad al- Ghahdban.(4) Keharusan tahaluf siyasi dengan
kerjasama gerakan yang bukan islam boleh di bahagikan dalam beberapa perkara
dan hujah-hujahnya.
Bekerjasama dengan bukan islam dalam politik
aman (siasah dakwah silmiyah).
Pertama :
BEKERJASAMA UNTUK MELINDUNGI DAKWAH DAN PENDAKWAH.
BEKERJASAMA UNTUK MELINDUNGI DAKWAH DAN PENDAKWAH.
Adalah di benarkan kepada seorang
pendakwah untuk meminta pertolongan demi menjaga maslahah da’awiyah dan
penda’wah itu sendiri agar keselamatan diri terjamin dan kerja dakwah
berterusan.
Namun, keharusan itu di syaratkan
dengan beberapa perkara : (5)
* Orang bukan islam di yakini
amanahnya untuk merialisasikan kerja-kerja da’wah
* Tidak berlaku di sebalik kerjasama
tersebut pengabaian kepada beberapa prinsip islam
* Tidak berlaku di sebalik kerjasama
tersebut kita berdiam diri dari berkata benar atau setuju dengan kebatilan
* Tidak berlaku di sebalik kerjasama
itu bermuka-muka dengan kafir atau memuji kekufuran mereka
* Tidak berlaku di sebalik kerjasama
itu penguasaan orang kafir ke atas orang islam
dengan membawa kepada kemudharatan kepada penda’wah.
Contoh keharusan bekerjasama dengan
mereka dengan tujuan maslahah dakwah dan pendakwah itu sendiri:
1.Nabi
Muhammad SAW bersama dengan Abu Talib
Seperti yang kita semua maklum, Abu Talib tetap berlembut dengan Nabi SAW
dalam apa jua keadaan. Pihak Quraisy berkali-kali meminta agar Abu Talib
menasihati Nabi Muhammad agar tidak menyentuh perihal berhala mereka, tetapi
Nabi tetap tegas untuk menjalankan da’wahnya. Melihat pendirian Nabi SAW, berkata Abu
Talib : "Pergilah,wahai anak saudaraku.serulah kepada orang ramai apa yang kamu
suka(da’wah islam) Demi Tuhan, aku tidak akan serahkan engkau kepada sesiapa
juga selama-lamanya”
Berkata Imam Ibnu Kathir : " Hikmah yang
bgitu besar kepada Islam dan Rasulullah SAW di sebalik kufur Abu Talib ialah
kekuatannya sebagai benteng utuh da’wah Nabi yang sentiasa mempertahankan
Nabi. Seandainya Abu Talib masuk Islam, sudah pasti orang Quraisy tidak akan
mempedulikan kemuliaan ,kebesaran dan penghormatan yang ada pada peribadi Abu
Talib. Mereka akan menghapuskan Nabi SAW serta Abu TAlib dengan kekerasan dan
cemuhan jahat mereka.
Perlindungan yang di berikan Abu
Talib kepada Nabi Muhammad bukanlah
ketika di saat getir sahaja bahkan dalam segenap sudut sehinggakan Nabi
menjadi terlalu sayang kepada beliau.Ini dapat di buktikan bila mana meninggalnya
Abu Talib, Nabi menjadi terlalu sedih.
Jelaslah, bahawa bukan kerana
hubungan darah daging sahaja, tapi kerana jasa dan pengorbanan yang di berikan
oleh beliau. Sekiranya darah daging di jadikan ukuran, ini kurang tepat kerana
Nabi tidak melakukan perkara yang sama pada Abu Jahal dan Abu Lahab.
2.Nabi
SAW dengan Al-Najasyi (seorang Nasrani)
Setelah bertimpa-timpa ujian yang di hadapi
kaum muslimin mekah sehingga sampai ke tahap akidah mereka di permain-mainkan,
Rasulullah mengarahkan sahabat-sahabat untuk berhijrah ke Habsyah. Al-Habsyah
negeri yang di perintah oleh seorang raja yang bernama An-Najasyi, beragama Nasrani, orangnya adil
dalam memerintah negara.
Penghijrahan ini membuktikan bahawa harus bagi kerajaan
islam atau individu muslim meminta bantuan daripada bukan Muslim dalam misi
menjaga Dakwah Islam, maslahah muslimin ketika suasana dharurat atau hajat syar’iyah.
Banyak lagi contoh yang boleh di
ambil sebagai panduan yang menyatakan bahawa harus dalam bertahaluf siasi
dengan bukan islam, seperti sahabat-sahabat Nabi meminta perlindungan daripada
sanak saudara yang kafir dari serangan
musyrikin Mekah.
Jadi, kesimpulannya adalah HARUS bagi
kerajaan islam dan individu muslim untuk meminta bantuan atau pertolongan daripada bukan islam bagi tujuan memelihara
dakwah islamiah dan diri pendakwah apabila di perlukan apatah lagi ketika
darurat demi maslahah Islam.
Keharusan ini berpandukan beberapa SYARAT :
Syarat 1 : Hendaklah kafir itu boleh
di percayai untuk merialisasikan tujuan yang di maksudkan.mungkin dengan perjanjian, perbincangan
dan sebagainya.
Syarat 2 : Janganlah kerjasama itu
berisiko yang boleh mengakibatkan prinsip islam
atau dasarnya tergadai atau terpaksa di kesampingkan.
Syarat 3 : Janganlah kerjasama itu
terdapat unsur bermuka-muka, hipokrit dengan orang kafir.
Syarat 4 : Janganlah kerjasama itu
mengakibatkan amar makruf nahi mungkar terabai.
Syarat 5 : Janganlah di sebalik
kerjasama itu akan menyebabkan penguasaan orang kafir ke atas islam atau
menyebabkan islam redha dengan agama mereka atau membenarkan serta mengiyakan
kesyirikan yang berlaku.
Kedua :
BEKERJASAMA DENGAN BUKAN ISLAM SEBAGAI PEMBANTU DALAM POLITIK
BEKERJASAMA DENGAN BUKAN ISLAM SEBAGAI PEMBANTU DALAM POLITIK
Para fuqaha telah berijma’ mengenai
hukum harus bekerjasama atau meminta bantuan orang kafir untuk menunjuk arah
tentera muslimin dalam peperangan,menunjukkan kubu-kubu pertahanan musuh,dengan
tujuan memperkasakan lagi kekuatan tentera musimin.
Berkata Ulama’ Hanafi, Maliki, Syafi’
dan Hambali : Haram ke atas kita meminta bantuan dari kafir dalam berjihad,tetapi
di haruskan seumpama meruntuh kubu musuh,menggali terowong,atau mengoperasikan
manjanik alat melontar batu besar seperti lastik atau sebagainya.(6)
Ketiga :
KERJASAMA YANG TIDAK MENGGADAIKAN PRINSIP-PRINSIP UTAMA SYARA'
KERJASAMA YANG TIDAK MENGGADAIKAN PRINSIP-PRINSIP UTAMA SYARA'
Contohnya akidah dan perundangan (hudud).
Contoh yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dimana Nabi SAW banyak
membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan
Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari Musyrikin Quraisy.
Keempat :
MANFAAT ATAU FAEDAH YANG BOLEH DITERIMA OLEH BUKAN ISLAM
MANFAAT ATAU FAEDAH YANG BOLEH DITERIMA OLEH BUKAN ISLAM
Pertama : Hak-hak yang wajib di berikan kepada mereka
1.
Wajib
menunaikan hak mereka sebagai rakyat sepertimana muslim.
2.
Di berikan
sejumlah daripada ghonimah
3.
Memelihara
keamanan mereka dan melepaskan tawanan di kalangan mereka
Kedua : Hak-hak yang tidak boleh di berikan kepada bukan muslim
1.
Berperang
dengan mereka menentang musuh mereka ynag bukan muslim
2.
Membekalkan
senjata kepada bukan muslim
3.
Memberikan
gelaran syahid kepada mereka
JAWAPAN TERHADAP GOLONGAN YANG MENGHARAMKAN
TAHALUF SIASI
Terdapat dalil-dalil dan pandangan yang boleh
di jadikan hujah untuk menolak golongan yang mengharamkan tahaluf siasi,
antaranya ialah :
1. Berdasarkan ayat al-Quran yang digunakan sebagai hujah iaitu dari surah al-Maidah, ayat
51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siasi tetapi merujuk kepada orang-orang
munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah.
Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk
menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad
SAW. Konsep tahaluf siasi tiada kena mengena dalam ayat ini tetapi ianya di
tujukan kepada orang yang keluar dari gerakan Islam untuk bekerjasama dengan
musuh bagi melawan Islam.(7)
2. Berdasarkan ayat 219 dari surah al-Baqarah,
ianya juga tiada kaitan dengan pengharaman tahaluf siyasi. Ini kerana daripada
tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti islam seperti
Mesir, Yaman dan Negara islam yang lain manfaat yang besar banyak diperolehi
oleh kaum muslimin. Jadi di dalam masalah manfaat dan mudharat ini,mestilah di
lihat dan di kaji serta dipertimbangkan berdasarkan keadaan semasa yang berlaku.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan di atas, dapatlah di fahami bahawa hukum bekerjasama dengan bukan islam adalah HARUS dari sudut syara’ selama mana ia memberikan kemaslahatan umum mengatasi kemudharatan.
Disediakan oleh :
FELO MANHAL PMRAM
1. Dayang Siti Nuraini binti Awang Damit Yahya
2. Syahidatul Akmal binti Mohd Dahlan
3. Hanisah binti hj. Muslim
4. Nor Eina binti Md. Ali
______________________________
RUJUKAN
1. Al-Quran
al-Karim, surah al-Maidah ayat 51dan52
2. Al-Quran al-Karim. Surah al-Baqarah ayat 219
3. Kitab Waqiunal Maasir oleh Muhammad Qutb (2004),(m/s 465)
4. Doktor Munir Muhammad al- Ghahdban, kitab al-Tahaluf al-Siyasi fi al-Islam, (m/s 114-116)
5. Majalah As-Syari’ah Wa Ad Dirasat Al-Islamiyah,tajuk:Al-Isti’anah Bi al-Kuffar,Dr Muhammad Uthman Shubair,m/s(242),cetakan Universiti Kuwait,tahun:1407H/1987M
6. Al –Bidayah Wa An-Nihayah,Ibnu Kathir,(3/41),cetakan ;Dar al- Maarif,Beirut,tahun 1980
7. Tafsir Ibnu Kathir, jilid 2, (m/s 69-70)
2. Al-Quran al-Karim. Surah al-Baqarah ayat 219
3. Kitab Waqiunal Maasir oleh Muhammad Qutb (2004),(m/s 465)
4. Doktor Munir Muhammad al- Ghahdban, kitab al-Tahaluf al-Siyasi fi al-Islam, (m/s 114-116)
5. Majalah As-Syari’ah Wa Ad Dirasat Al-Islamiyah,tajuk:Al-Isti’anah Bi al-Kuffar,Dr Muhammad Uthman Shubair,m/s(242),cetakan Universiti Kuwait,tahun:1407H/1987M
6. Al –Bidayah Wa An-Nihayah,Ibnu Kathir,(3/41),cetakan ;Dar al- Maarif,Beirut,tahun 1980
7. Tafsir Ibnu Kathir, jilid 2, (m/s 69-70)